Tuesday 3 April 2018

Kursus Asas Fertigasi Sesi 4/2018

Kursus Asas Fertigasi sesi 4/2018 telah diadakan pada 1 April 2018 bertempat di Dewan Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian Telok Panglima Garang, Selangor. Seramai 33 orang peserta telah menyertai kursus asas fertigasi ini. 

Kursus terakhir bagi tahun ini akan diadakan pada 29 April 2018. Anda berminat untuk menyertai kursus ini? Boleh WHATSAPP nama dan nombor kad pengenalan anda di talian 011-23218824 (Bella). Penyertaan terhad untuk 40 tempat yang terawal sahaja. 





Seramai 9 pelajar praktikal dari syarikat Pewaris Bumi Hijau (M) Sdn Bhd juga menyertai kursus asas fertigasi ini. Kursus ini wajib dihadiri oleh pelajar praktikal kami supaya mereka mendapat lebih banyak maklumat tentang sistem fertigasi ini.


















Mereka ini terdiri daripada pelajar Kolej Vokasional Teluk Intan Perak, Kolej Vokasional (Pertanian) Chenor Pahang dan Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja Negeri Sembilan.

Adakah anda sedang mencari tempat praktikal? Anda ingin praktikal di tempat kami? Boleh emailkan resume anda ke pewaris.hrd@gmail.com. Sebarang pertanyaan tentang tempat praktikal, anda boleh hubungi atau whatsapp di talian 017-7412321 (Ain / Zana).